4,319 Graduan UMS diraikan pada Majlis Konvokesyen ke-23

KOTA KINABALU: Seramai 4,319 graduan bagitahun 2021 Universiti Malaysia Sabah (UMS) diraikan pada Majlis Konvokesyen UMS ke-23 yang berlangsung selamatiga hari bermula hari ini.

Daripada jumlah tersebut, seramai 204 graduan adalahpenerima Ijazah Kelas Pertama, selain 99 graduan merupakanpelajar antarabangsa UMS dari pelbagai negara antaranya dariChina, Brunei, Indonesia, Bangladesh, Timor Leste, Pakistan, Korea Selatan, Iran, Zanzibar, Vanuatu, Arab Saudi dan India.

Graduan program ijazah sarjana UMS. Gambar UMS.

Sementara itu, seramai 9 pelajar orang kurang upaya (OKU) dan 2 penerima posthumous turut menerima ijazah.

Majlis konvokesyen pada kali ini menyaksikan seramai 77 graduan Doktor Falsafah, 357 graduan sarjana, 3,664 graduanprasiswazah, 87 graduan diploma pasca dan 134 graduandiploma menerima skrol dengan nisbah graduan mengikutjantina ialah 1:3 iaitu lelaki seramai 1,272, sementaraperempuan seramai 3,047.

Bertempat di Dewan Canselor UMS, sidang pertamamenyaksikan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Juhar Mahiruddin menyampaikan ijazah kepada 461 graduan.

Beliau yang juga Canselor UMS turut menyampaikananugerah Pelajaran Diraja (Bumiputera dan BukanBumiputera), Pingat Emas Canselor, Pingat Emas Naib Canselor, Pingat Emas Alumni, Hadiah Zainal Abidin Bador, Hadiah Tun Zaki (Tempatan dan Antarabangsa) dan AnugerahKecemerlangan dan Bakti Siswa HiUMS kepada graduancemerlang.

Sidang kedua yang berlangsung pada sebelah petang pula menyaksikan seramai 987 graduan menerima ijazah masing-masing daripada  Pro-Canselor UMS, Tan Sri Azman Hashim.

Beliau yang juga Penasihat Kehormat Ambank Group turutdijadual menyempurnakan penyampaian skrol ijazah pada hariAhad iaitu membabitkan 732 penerima pada sidang tiga (pagi) dan 596 graduan pada sidang empat (petang).

Penyampaian ijazah pada hari Isnin akan disempurnakan Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hinmelibatkan seramai 896 graduan pada sidang lima (pagi) dan sidang enam (petang) seramai 647 graduan.

Pada majlis ini juga menyaksikan seramai 27 graduan FakultiPengajian Islam (FIS) yang menjadi kumpulan pertamabergraduasi di fakulti tersebut dan menerima Ijazah SarjanaMuda Pendarasan Islam.

Untuk rekod, kesemua graduan yang diraikan pada Majlis Konvokesyen UMS ke-23 terdiri daripada mereka  yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa dan separuh masa di peringkat pascasiswazah dan prasiswazah merangkumi 12 fakulti dan 1 akademi di UMS.