KUALA LUMPUR: Pengerusi Qhazanah Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob menghadiri taklimat Berjaya Land Berhad berkaitan cadangan pemindahan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).
Persefahaman untuk membuat kajian kebolehlaksanaan (feseability studies) berkaitan cadangan pemindahan KKIA telah dimeterai sebelum ini pada Julai tahun membabitkan Qhazanah Sabah dan Berjaya Land.
“Hasil keputusan mesyuarat serta laporan ini nanti akan dibentangkan kepada Kabinet Negeri Sabah.
“Dalam apa apa jua pembangunan yang dirancang, paling utama adalah manfaat yang akan diterima oleh rakyat dan limpahan ekonomi kepada usahawan tempatan kita,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Hadir sama dalam mesyuarat itu Group CEO Qhazanah Sabah Berhad Ahmad Rizal Dahli, Pengerusi Berjaya Qhazanah Sdn Bhd merupakan Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Nor Asiah Mohd Yusof.
Mewakili Berjaya Land Group, Syed Ali Sahul Hamid merupakan CEO Berjaya Coorperation Bhd dan Datuk Captain Chester Voo CEO Group Aviation Berjaya Land Bhd.