Yamashita konsul baharu Jepun di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Pejabat Konsulat Jepun di Kota Kinabalu kini diketuai konsul baharu, Yamashita Yoshito (kanan).

Beliau menggantikan Kako Shiho (kiri) yang menamatkan tugas selepas empat tahun berkhidmat di negeri ini.

Yamashita konsul baharu Jepun di Kota Kinabalu.

Konsul Jepun di Kota Kinabalu turut mengetuai Pejabat Konsulat Jepun di Sarawak dan Labuan.

Pengganti Shiho itu diperkenalkan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor ketika kunjungan hormat perpisahan di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.