APM Sandakan tangkap buaya seberat 80 kilogram

SANDAKAN : Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan telah berjaya menangkap seekor buaya di kawasan parit berhampiran Lorong 3, Taman Megah Jaya di sini tengah hari tadi.

Menurut laporan awal, pihaknya telah menerima panggilan melalui MERS999 lebih kurang pukul 12.45 tengah hari daripada pengadu yang ternampak seekor buaya di dalam parit besar berhampiran kawasan perumahannya.

APM Sandakan tangkap buaya seberat 80 kilogram. Gambar APM Sandakan.

Lapan anggota APM dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Sandakan tiba di lokasi kejadian pada pukul 12.58 tengah hari untuk memulakan operasi.

Tangkapan buaya tersebut dilakukan dengan kaedah menutup penglihatan buaya menggunakan selimut lalu menjerut bahagian kepala menggunakan tali.

APM Sandakan tangkap buaya seberat 80 kilogram. Gambar APM Sandakan.

Buaya seberat 80 kilogram dengan 2 meter panjang itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan lanjut.

Operasi menangkap buaya tersebut tamat pada pukul 2.10 petang.