KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan warga kampus khususnya dalam kalangan para pelajar termasuk ketika universiti ini sedang menghadapi masalah kekurangan bekalan air di kampus induk Kota Kinabalu.
Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, sebagai makluman, bekalan air terawat Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) di kampus ini adalah daripada Loji Rawatan Air (LRA) Telibong, Tuaran. Turut berkongsi bekalan air dari loji rawatan tersebut ialah seluruh kawasan Tuaran, Tamparuli, Sepanggar, Karambunai, Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Likas, Indah Permai, Kingfisher, 1Borneo, Alamesra, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), Putrajaya Kota Kinabalu serta kawasan perindustian Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP).
Dalam beberapa siri pertemuan dengan pihak JANS, pihak UMS dimaklumkan bahawa jumlah keperluan bekalan air bagi menampung keseluruhan kawasan yang dinyatakan tadi ialah sebanyak 190 Juta Liter Sehari (MLD). Walau bagaimanapunLRA Telibong hanya mampu menghasilkan bekalan air terawat sekitar 164 MLD. Pada masa yang sama, mereka juga berhadapan dengan kes kecurian/kehilangan bekalan air iaitu sehingga 8 MLD. Selain itu, kerja-kerja pemindahan dan naik taraf saluran paip di sepanjang jalan Pan Borneo juga sedang dijalankan.
Secara ringkasnya, bekalan air terawat daripada LRA Telibong sememangnya adalah tidak mencukupi. Walau bagaimanapun,maklumat yang diterima daripada JANS memaklumkan bahawa isu gangguan bekalan air terawat ini dijangka selesai sepenuhnya pada tahun 2024.
Buat sementara waktu, pihak JANS terpaksa membuat catuan bekalan air yang menyebabkan seluruh kawasan yang menerima bekalan air terawat daripada LRA Telibong terkesan. Kampus induk UMS yang terletak di Sepanggar Kota Kinabalu juga secara langsung turut terkesan.
Untuk makluman, kampus induk UMS memerlukan sekitar 3 MLD hingga 5 MLD sehari untuk menampung keperluan air terawat di dalam kampus. Memahami akan situasi ini serta dengan mengambil kira keperluan mendesak warga kampus khususnyadalam kalangan para pelajar, beberapa inisiatif telah dilaksanakan bagi mengurangkan impak akibat catuan daripada pihak JANS seperti yang berikut:
Tindakan-tindakan ini bukannya penyelesaian yang menyeluruh, namun pihak UMS komited berusaha melakukan tindakan yang perlu demi mengurangkan impak catuan ini demi keselesaan pelajar dan warga kampus induk UMS.
