KOTA KINABALU: UMNO Bahagian Sepanggar terus fokus menjalankan aktiviti ‘Jelajah Ramadan’ sebagai ruang untuk membantu golongan yang memerlukan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan, berkata ini sejajas dengan pengumuman kerajaan membenarkan umat Islam dapat menunaikan solat tarawih di semua surau serta masjid di seluruh negara.
Katanya, peluang ini dimanfaatkan sepenuhnya bersama Jawatankuasa UMNO Bahagian Sepanggar untuk meningkatkan amal ibadah sekali gus menjejak mereka tang kurang berkemampuan.
“Aktiviti ini terhenti sejak penularan COVID-19 dua tahun lalu. Namun kali ini kita teruskan sekali gus jadikan sebagai program tahunan UMNO Sepanggar utama di bulan Ramadan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Program Solat Maghirb dan Isyak serta Tarawih di Masjid Kg Pulau Sepanggar, di sini semalam.
Yakub yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai berkata, sejak berkunjung ke beberapa masjid dan surau di DUN Karambunai beliau melihat beberapa keperluan perlu diambil tindakan dalam tempoh terdekat.
“Ini adalah ruang terbaik bagi kita melihat serta turun padang sendiri keperluan masjid serta surau yang perlu diambil tindakan segera.
“Disamping itu kita juga dapat menyampaikan sumbangan keperluan harian terus kepada penduduk kampung dengan melihat sendiri keperluan mereka untuk dibantu,” katanya.
Ends