BEAUFORT : UMNO Bahagian Beaufort membuat keputusan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias serta Kuala Penyu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Ketuanya, Datuk Awang Aslee Lakat berkata, beliau mempengerusikan masyuarat bahagian itu sekali gus dipersetujui oleh semua Ahli Jawatankuasa bahagian tersebut petang semalam.

Katanya, Bahagiqn itu memutuskan agar calon daripada UMNO diberikan peluang sebagai calon bagi kedua-dua kerusi DUN ini serta berharap akan pertimbangkan oleh pucuk pimpinan pusat.
“Kesepakatan telah kita capai untuk meminta pucuk pimpinan parti meletakkan calon dari UMNO bertanding di DUN Kuala Penyu dan Klias pada PRN akan datang.

“Cadangan ini akan kita kemukakan kepada UMNO pusat untuk diberikan perhatian serta pertimbangan sewajarnya nanti,”katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut di Masyarakat Dewan Beaufort di sini semalam.
Awang Aslee berkata, antara rasionalnya bertanding di dua DUN terbabit iaitu Umno Bahagian Beaufort sudah menyusun jentera parti di semua Pusat Daerah Mengundi (PDM).
“PDM sudah dibentuk iaitu di DUN Kuala Penyu membabitkan 12 PDM manakala di DUN Klias 12 PDM sekali gus boleh digerakkan para bila-bila sekiranya PRN diadakan dalam tempoh yang terdekat.
“ Kewujudan 225 cawangan UMNO Bahagian Beaufort sudah pun disusun atur strukturnya selain jumlah ahli UMNO kini menghampiri 18,000 orang yang bersedia berhadapan dengan PRN akan datang,” jelas Awang Aslee.