KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor bersama Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin menghadiri Majlis Tahlil dan Doa Kesyukuran serta Solat Hajat sempena sambutan Hari Malaysia 2023 Peringkat Negeri di Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang, di sini, hari ini.
Majlis itu dimulakan dengan bacaan Yassin, tahlil dan doa kesyukuran sebelum kemudiannya Solat Jumaat dan Solat Hajat berjemaah.
Turut hadir ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong dan Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Makhzan Mahyuddi.
Hadir sama ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Mohd Hamsan Awang Supian dan Mufti Kerajaan Negeri Datuk Ustaz Bungsu @ Aziz Jaafar.