Tiga penari tarian singa terselamat, lantai konkrit runtuh ketika buat persembahan

KOTA KINABALU : Tiga penari tarian singa bernasib baik apabila tidak mengalami kecederaan selepas terjatuh ke dalam lubang ketika membuat persembahan sempena Tahun Baru Cina di hadapan blok premis pekan Tamparuli di sini semalam.

Mereka diselamatkan oleh rakan sepasukannya apabila lantai konkrit terbabit tiba-tiba runtuh menyebabkan terjatuh ke dalam lubang, sedalam hampir satu meter itu.

Seorang orang awam berkongsi kejadian dilaman Facebook dikenali sebagai Rayner Ebi, 45, berkata kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 11 pagi, mengejutkan orang ramai ketika menyaksikan persembahan tarian singa kumpulan berkenaan.

“Kejadian itu merupakan peringatan jelas mengenai pentingnya kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan asas di kawasan pekan ini dilakukan segera pihak berkuasa tempatan.

“Masalah di kawasan lantai kaki lima premis itu sudah dimaklumkan kepada Majlis Daerah Tuaran (MDT) untuk tindakan keselamatan sebelum kejadian.,” katanya.