KOTA KINABALU : Tiga lelaki Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Pakistan dihantar balik ke negara asal melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Islamabad Pakistan.
Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Imigresen negeri Sabah operasi pemindahan tahanan ke negara asal kategori usir melalui udara selepas melakukan kesalahan.
Katanya, PATI dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).
“Ini termasukPeraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana masuk ke negara ini tanpa pas atau permit yang sah selain tinggal lebih masa.
“Kesemua mereka selesai menjalani hukuman penjara dan diperuntukkan proses pemindahan balik ke negara asal atas program pembiayaan sendiri,” katanya di sini hari ini.
Menurut kenyataan tersebut, Jabatan Imigresen Negeri Sabah tidak akan berkompromi dengan mana-mana warganegara asing.
“Ini termasuk mereka yang menyalahgunakan pas serta kemudahan yang telah diberikan.
“Tindakan pendakwaan akan dikenakan kepada majikan serta pemilik premis yang menggaji warganegara asing tanpa dokumen perjalanan dan pas yang sah,” jelas kenyataan itu.
Menurutnya, individu yang melakukan pelanggaran ke atas syarat pas atau permit seperti yang termaktub di bawah Akta 155 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
“Jabatan Imigresen menasihatkan majikan serta masyarakat supaya mengambil warganegara asing untuk bekerja di negara ini mengikut saluran yang berlandaskan undang-undang.
“Jabatan ini akan mempergiatkan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa dalam membanteras Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di negara ini,” katanya.
