KOTA KINABALU : Naratif liar dicipta pembangkang yang cuba menghasut rakyat dengan agenda jahat, menuduh Ketua Menteri Sabah meluluskan lesen arang batu seluas 70,000 hektar terbukti hanyalah fitnah.
Naib Presiden, Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah menegaskan, pemimpin pembangkang telah menunjukan perepsi sebenar mereka sebagai penyebar cerita palsu.
Katanya, rakyat Sabah berhak mendapat maklumat tepat dan fakta betul serta naratif palsu yang disebarkan pembangkang.
“Mereka menggunakan media berbayar pro-pembangkang menuduh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor meluluskan projek mencarigali kepada syarikat Bumi Suria Sdn Bhd milik bekas orang kanan Perdana Menteri.
“Kita melihat mereka semakin terdesak mencipta isu fitnah menjelang Pilihanraya Negeri (PRN-17). Mereka hanya bergantung kepada rakaman suara yang tidak terbukti kesahihanya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa hadir Persidangan Agung Pemuda, Wanita dan Beliawanis parti itu di sini hari ini.
Masiung merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut berkata, tiada satu dokumen pun membuktikan Hajiji Noor terlibat dalam salah guna kuasa tentang projek berkenaan.
“Surat bertarikh 21 Mei 2024 digunakan pembangkang menyerang Hajiji hanyalah cadangan peringkat awal yang bersyarat.
“Surat tersebut merupakan sebahagian dokumen yang dibocorkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Maneral Management Sdn Bhd (SMM) yang telah dipecat,” jelas Masiung.
Menurutnya, jelas sekali cadangan projek carigali itu telah dibatalkan menerusi surat yang ditandatangani CEO baharu SMM, Natasha Sim pada 24 Mac lalu.
“Surat pembatalan rasmi SMM itu telah mendedahkan kebenaran fitnah pembangkang yang tidak berasas sekali gus membongkar pembohongan pembangkang kepada rakyat Sabah.
“Ahli Lembaga Pengarah SMM telah menolak cadangan carigali melibatkan tanah seluas 70,000 hektar,” katanya.
Beliau berkata, kenyataan media Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) merangkap Ketua Merinyu Galian Sabah, Datuk Bernard Liew Chan Min telah merongkai fitnah dan pembohongan media pembangkang.
Benard memaklumkan, tiada lesen mencarigali (Prospecting Licence) dikeluarkan kepada Syarikat Bumi Suria Sdn Bhd seperti yang didakwa pembangkang dalam portal media tersebut.
