Tiada catuan bekalan elektrik hari ini – SESB

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) meramalkan bahawa tidak berlaku catuan bekalan tenaga di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, hari ini.

Operator Sistem Grid Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan SESB, Ir. Adrian Mosigil berkata, kapasiti bekalan tenaga elektrik dianggarlan berjumlah 1,077 megawatt (MW) dengan permintaan maksima dijangka mencecah sehingga 1,046MW pada sekitar pukul 2.30 petang.

“Walau bagaimanapun, SESB masih mempunyai rizab margin sebanyak 31MW sebagai stok bekalan tenaga sekiranya berlaku kecemasan atau lebihan permintaan pada waktu tersebut.

“Justeru, pelaksanaan catuan bekalan elektrik pada hari ini diramalkan tidak akan berlaku,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Untuk rekod, tidak ada catuan bekalan yang dilaksanakan semalam dengan permintaan tenaga maksima dilaporkan sebanyak 1,046MW pada jam 3.30 petang.