SESB pandang serius penggunaan logo oleh pihak ketiga tanpa kebenaran

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memandang serius ke atas penggunaan logo dan nama syarikat oleh individu, kesatuan atau organisasi tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada SESB.

SESB dalam satu kenyataan pada hari ini berkata ia mempunyai hak dan remedi undang-undang termasuk hak untuk mendapatkan pelepasan injuksi, ganti rugi dan kos guaman.

SESB memiliki cap dagangan dan imej syarikat dengan hakcipta tersendiri dan SESB tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas sebarang salah nyata, pelanggaran atau sebarang penggunaan cap dagangan tanpa kebenaran bertulis dari SESB.

Kenyataan itu mengulas penggunaan logo SESB yang digunapakai oleh pihak ketiga.

SESB adalah pendaftar rasmi ke atas cap dagangan untuk SESB, Sabah Electricity dan Sabah Electricity Sdn Bhd serta imej yang digunakan untuk mewakili syarikat.

Sehubungan dengan itu, SESB memohon kerjasama semua pihak untuk mematuhi dan memastikan penggunaan cap dagangan SESB tidak diguna pakai.