Sukarelawan PAS bantu operasi pemberian vaksin

SANDAKAN: Sukarelawan PAS Zon Sandakan yang terdiri daripada Jabatan Amal Malaysia serta Briged Muslimat membantu proses pemberian vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Yu Yuan dekat sini hari ini.

Program tersebut yang mendapat kerjasama daripada Pejabat Kesihatan Daerah Sandakan dan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) daerah Sandakan bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan PAS dengan agensi kerajaan dan orang ramai.

Program yang bermula isnin lalu itu, menawarkan kira-kira seribu dos vaksin setiap hari bagi golongan warganegara berumur 18 tahun ke atas dan keutamaan kepada ibu mengandung dan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Program tersebut turut disertai oleh sukarelawan lain daripada MyVac, Movac, Jabatan Pertahanan Awam dan juga RELA.

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang dilaksanakan secara walk in ini memberi peluang kepada orang ramai untuk hadir bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 bagi mencapai imuniti kelompok untuk daerah Sandakan.