Sidang Parlimen Isnin ini ditangguhkan

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 pada Isnin ini, ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin, berkata pemakluman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaras Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Beliau berkata, penangguhan itu juga selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, serta penilaian risiko semasa yang dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) susulan perkembangan terbaharu penularan COVID-19.