PKPD di tujuh lokaliti di Sabah – Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Tujuh lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Isnin ini, kata Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata di Sabah, lima lokaliti di Kota Kinabalu dikenakan PKPD sehingga 14 Ogos iaitu melibatkan Lorong Kuala Laut Likas; Kampung Warisan; Kampung Darau, Menggatal; Kampung Rakyat Baru dan Kuarters Pekerja Imbas Jaya, Jalan Kionsom.

Dua lagi lokaliti pula iaitu Kampung Melulugus dan Lorong 3, Kampung Klias Baru di Beaufort  dikenakan PKPD sehingga 15 Ogos.

“Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. Maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD hari ini.

Dalam pada itu, PKPD di Kampung Tinusa 2, Sandakan di Sabah, yang dijadualkan tamat esok, dilanjutkan sehingga 15 Ogos.