Siaran radio RTM bahasa Tagalog ditamatkan

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa, berkata Jemaah Menteri bersetuju agar siaran radio RTM bahasa Tagalog ditamatkan kerana didapati ia tidak lagi efektif, dan jumlah pendengarnya juga semakin berkurangan.

“Satu ketika dulu RTM adakan satu saluran radio khusus dalam bahasa Filipina atau Tagalog terutama sekali bagi kemudahan sebahagian penduduk di Sabah atau Selatan Filipina.

“Siaran FM biasa yang ada di Sabah dikira sudah memadai dan bahasa kebangsaan serta bahasa local menjadi cukup efektif melalui saluran radio sedia ada,” katanya.

Bernama