KUALA LUMPUR: Percaturan ‘siapa bakal’ dinamakan Ketua Menteri Sabah merupakan sentimen paling kuat meyakinkan pengundi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 akan datang.
Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah berkata, faktor pemimpin nombor satu yang bakal mengetuai kerajaan Sabah merupakan solusi politik yang lebih dekat dihati rakyat di negeri ini.
” Walaupun landskap politik tempatan sentiasa diulit pelbagai isu semasa, namun kecenderungan rakyat lebih melihat siapa calon popular yang akan menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah, ” katanya.
Masiung merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut berkata, sebagai bercakap dalam satu temubual eksklusif dengan penulis buku politik terkemuka Sabah, Musli Oli di Kota Kinabalu, pada Jumaat sebelum berlepas ke Kuala Lumpur.
Masiung berkata, walaupun Gagasan Rakyat dinaungi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terdiri dari enam parti tempatan yang mempunyi ramai tokoh, namun beliau membayangkan Ketua Menteri yang juga Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Haji Noor akan kekal mengetuai kempen PRN Ke-17 nanti.
Selain Gagasan Rakyat, GRS kini turut dianggotai parti-parti tempatan iaitu Parti Solidariti Tanah Air (Star), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Maju Sabah (SAPP) Usno, Leberal Demoktatik Parti (LDP) dan Parti Harapan Rakyat Sabah (PGRS).
Menurut beliau, gabungan terbaharu pembangkang Sabah sekarang yang di terajui Umno, Warisan dan Parti Kesajetheraan Demoktatik Masyarakat (KDM) harus diihormati kerana parti-parti berkenaan juga mempunyi penyokong tersendiri.
Meskipun kalangan pengenalisis politik menilai sambutan ke tiga-tiga parti itu sekarang agak perlahan ekoran terpalit dengan kegagalan menjatuhkan kerajaan GRS pimpinan Hajiji, tetapi ia tidak boleh dipandang ringgan.
Ketika ditanya sama ada isu nasional seperti MA63 dan inflasi menjadi konflik terbesar dalam kerajaan Sabah, Masiung berkata, rakyat Sabah lebih sinonem dengan isu tempatan.
“Apa yang kita nampak di peringkat awal, Gagasan Rakyat pimpinan Ketua Menteri sekarang mendapat sambutan luar biasa, tapi ia tidak bermakna jika sekiranya parti gabungan dalam GRS tidak sepakat dalam membuat keputusan.
” Percubaan menjatuhkan Hajiji yang berlaku di Sabah baru-baru ini dianggap satu proses pembersihan di kalangan pemimpin yang tidak sehaluan dalam politik.
” Selepas berlaku air bah… sudah tentu pasir akan berubah menjadi landai dan bersih dari sampah sarap, ” tegas Masiung.
Pemimpin berusia 51 tahun itu menghadiri Konvensyen Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei yang telah dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum berlepas ke Singapura untuk lawatan kerja selama dua hari.