25 C
Kota Kinabalu
Monday, March 20, 2023

Shamsul Anuar letak jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah petang ini, mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli, berkuat kuasa serta merta.

Dalam kenyataannya, beliau menyatakan, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian parti.

“Sebagai ahli UMNO yang patuh dan setia kepada parti, saya dengan ini meletak jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak dan kepada semua warga Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli.

“Tumpuan saya selepas ini ialah memberikan fokus kepada tugas sebagai Ahli Parlimen Lenggong dan membantu memperkuat parti dalam menghadapi situasi politik yang semakin mencabar,” katanya laporan Portal Berita Harian hari ini.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana diberikan peluang berkhidmat sebagai Menteri Tenaga Dan Sumber Asli dan kepemimpinan UMNO yang mencadangkan beliau sebagai Menteri Kerajaan Persekutuan.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles