KOTA KINABALU : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memaklumkan terdapat gangguan tekanan gas rendah pada dua Penjana Kuasa Swasta (IPP) sehingga menyebabkan kedua-duanya terganggu operasi pada hari ini 30 Oktober, 2023 pada jam 3.15 petang.
Berikutan itu, SESB perlu melaksanakan catuan bekalan.
Catuan bekalan ini melibatkan sebahagian kawasan *Kota Kinabalu, Kudat, Kunak, Tenom, Kota Marudu, Beaufort, Keningau, Bongawan, Papar, WP Labuan, Tuaran, Lahad Datu, Semporna, Sandakan, Tawau, Kinabatangan dan dilaksanakan bagi memastikan kestabilan sistem grid Sabah.
Pihak SESB sedang dalam usaha memastikan pemulihan bekalan akan dilaksanakan secara berperingkat.
Sila hubungi SESB Careline 15454, 088- 515000, 019- 8525427 atau melalui aplikasi mySESB untuk sebarang pertanyaan.