Seramai 23,578 kanak-kanak Sabah daftar PICKids

Dr Rose Nani Mudin.

KOTA KINABALU: Seramai 23,578 kanak-kanak berumur lima hingga bawah 12 tahun di Sabah sudah berdaftar melalui aplikasi MySejahtera untuk menerima vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Dr Rose Nani Mudin, berkata pemberian vaksin untuk kanak-kanak yang sudah berdaftar di Sabah bermula semalam di lima hospital pakar sebelum diperluaskan ke hospital dan klinik seluruh negeri mulai esok.

Katanya, lima hospital pakar terbabit ialah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) di Likas, Hospital Dushess of Kent Sandakan, Hospital Keningau, Hospital Lahad Datu dan Hospital Tawau.

“Kita masih terus menyediakan 251 fasiliti kesihatan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Sabah yang terdiri daripada hospital serta klinik kerajaan dan swasta untuk menyediakan perkhidmatan pemberian vaksin sama ada ‘booster’, vaksin kanak-kanak, dos kedua dan dos pertama,” katanya dalam satu kenyataan, di sini harian i