Seramai 1,522 ahli baharu sertai UMNO di DUN Kunak

KUNAK : Seramai 1,522 ahli baharu UMNO direkodkan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus menunjukkan parti itu kekal menjadi pilihan rakyat khususnya di kawasan berkenaan.

Ketua Bahagian UMNO Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul berkata ini merupakan satu perkembangan positif kepada UMNO khususnya di kawasan Kunak dalam usaha memantapkan struktur parti menjelang pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Sharif Musa berucap merasmikan Persiapan Jentera DUN Kunak Menghadapi Pilihanraya Negeri Sabah Di Dewan SRKJ Pai Seng Kunak.

Katanya, hari ini UMNO mempunyai tugas berat untuk memastikan bukan sahaja sokongan padu rakyat kekal malah memastikan kembali menerajui semula kepimpinan negeri kelak.

“Berdasarkan sokongan keahlian UMNO Bahagian Lahad Datu kini seramai 50,208 dengan kemasukan ahli baru menunjukkan perkembangan baik menjelang PRN akan datang.

“Ini menunjukkan UMNO terus mendapat sokongan dari pelbagai peringkat dengan perjuangan mendukung cita-cita kebangsaan demi mengekalkan martabat agama, bangsa dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persiapan Jentera DUN Kunak Menghadapi Pilihanraya Negeri Sabah Di Dewan SRKJ Pai Seng Kunak.

Dalam perkembangan berkaitan,  Sharif Musa UMNO Bahagian Lahad Datu tidak pernah lupa kepada golongan asnaf dan anak yatim sekali gus menyalurkan sumbangan bakul makanan kepada mereka.

“Kita sentiasa mengutamakan membantu sedikit bantuan untuk meringankan beban serta akan memastikan komitmen ini dilakukan secara berterusan pada masa depan,” kata Sharif Musa.