TAWAU: Sebuah rumah jenis tidak kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Pangkalan Asli Merotai, di sini pada malam Khamis.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, panggilan kecemasan diterima pada jam 11.09 malam sebelum jentera tiba di lokasi kira-kira 16 minit kemudian.
Kebakaran melibatkan sebuah rumah berkeluasan 20×40 kaki yang terbakar 100 peratus.
Operasi pemadaman melibatkan 17 anggota terdiri daripada BBP Tawau dan bantuan Pasukan Bomba Sukarela Merotai.
Kebakaran berjaya dikawal pada jam 11.50 malam dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.13 tengah malam.
Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut.
