Sandakan Chess Festival Vol.1 2023 diadakan 31 Disember

SANDAKAN : Kelab Catur Sandakan akan mengadakan Sandakan Chess Festival Vol.1 2023 bertempat di Auditorium SMK Merpati di sini pada Ahad ini.

Peminat catur dari semua lapisan masyarakat dialu-alukan untuk mengambil bahagian dan mendaftar sebelum tarikh penyertaan ditutup esok (29 Disember).

Bilangan penyertaan pemain dalam pertandingan kali ini adalah terhad kepada 200 orang.

Presiden kelab itu, Ardian Shah Muming berkata pertandingan diadakan bertujuan menggalakkan kanak-kanak agar menyertai lebih banyak aktiviti yang berfaedah untuk badan dan minda sepanjang musim cuti sekolah yang panjang.

Katanya, ia juga menggalakkan mereka untuk berfikir secara bebas dan lebih banyak menggunakan otak mereka kerana terdapat pertempuran kecerdasan dan keberanian pada papan catur.

Selain itu, pihak penganjur juga berharap dapat menggunakan platform itu untuk beramah mesra melalui catur agar pemain catur dari seluruh negeri berpeluang mempelajari kemahiran catur dan berkomunikasi seterusnya meningkatkan lagi tahap sukan catur di negeri ini.

Katanya, pertandingan itu dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu Kumpulan Belia (Bawah 12 tahun), Kumpulan Kanak-Kanak (Bawah 9 tahun), Kumpulan Veteran, Kumpulan Wanita dan Kumpulan Sandakan.

Yuran pendaftaran bagi dewasa adalah RM60 seorang manakala pelajar berdaftar hanya RM30 seorang dan makan tengahari disediakan percuma.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran boleh menghubungi Ardian Shah di talian 017-830 1175.