Sambutan Pesta Kaamatan tahun ini secara dalam talian

Sambutan Pesta Kaamatan tahun ini secara dalam talian

KOTA KINABALU (Bernama): Pesta Kaamatan di Sabah tahun ini akan dianjurkan sepenuhnya secara dalam talian bermula hari ini, dan sambutannya tidak lagi melibatkan suasana gamat sebagaimana yang biasa dikaitkan dengan festival berkenaan sebelum ini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata keputusan itu dibuat bagi memastikan tiada kluster baharu COVID-19 muncul, kerana kemunculannya sekali gus akan membantutkan usaha menyekat penularan virus itu.

“Kerajaan Sabah juga memutuskan selain daripada pelancaran bulan Kaamatan yang akan dilaksanakan secara simbolik di Hongkod Koisaan (KDCA) Sabtu ini, tiada lagi sambutan pesta kaamatan di peringkat daerah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kitingan yang merupakan pengerusi jawatankuasa penganjur sambutan pesta Kaamatan tahun ini berkata program seperti pertandingan Unduk Ngadau (ratu cantik), pertandingan Sugandoi (nyanyian) dan lain-lain pertandingan di peringkat daerah akan diteruskan, tapi program-program lain seperti majlis perasmian, tidak akan diadakan.

Beliau berkata ia susulan keputusan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini yang memutuskan untuk menukar status Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Sabah kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula hari ini sehingga 17 Mei.

Sambutan Pesta Kaamatan tahun ini secara dalam talian

Kita akan teruskan (sambutan) dengan penstriman langsung dan penyiaran secara dalam talian, tapi semua ini akan dilakukan selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan,” tambahnya.

SabahNewsToday

Leave a Reply