Sambutan Maal Hijrah 1446H peringkat Labuan disambut sederhana

LABUAN : Sambutan Maal Hijrah 1446H peringkat Wilayah Persekutuan Labuan disambut secara sederhana.

Majlis  berlangsung di Masjid Jamek Layang Layangan petang semalam .

Program anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan  turut dihadiri Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail dan Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Labuan, Dr Baharuddin Othman.

Antara pengisian Sambutan Maal Hijrah yang bertemakan ‘Al-Falah Pemaju Malaysia Madani’ itu ialah bacaan doa akhir tahun Hijrah 1445H, sembahyang Maghrib berjemaah dan diikuti sekali lagi bacaan doa awal tahun Hijrah 1446H dan diakhiri dengan sembahyang Isyak berjemaah.

Turut diadakan Ceramah Agama Khas Maal Hijrah yang disampaikan  Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan Labuan, Nik Azlan Nik Man.