16 premis makanan Kompleks Ujana Kewangan Labuan  terima pengiktirafan  BeSS.

LABUAN :  Sebanyak 16 premis makanan  beroperasi di kompleks Ujana Kewangan Labuan menerima pengiktirafan ‘Bersih dan Selamat’ (BeSS) dari Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan.

Majlis Penyampaian Sijil pengiktirafan itu disempurnakan  Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Norrani Eksan, sempena Sambutan Hari Keselamatan Makanan SeDunia 2024, peringkat Labuan.

Pengiktirafan itu sekali gus menjadikan Kompleks Ujana Kewangan Labuan sebagai Hab Premis BeSS Labuan.

Ketika berucap di majlis tersebut Norrani berkata, sehingga kini kumulatif premis BeSS di Labuan berdaftar adalah sebanyak 53 premis.

“Bilangan ini akan dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi memberi pilihan kepada orang awam untuk makan di premis yang bersih dengan hidangan makanan yang selamat,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 16 pengesahan makanan penyediaan di rumah telah mendapat penyenaraian Home-based Food daripada KKM.

Menyentuh mengenai Sambutan Hari Keselamatan Makanan SeDunia Norrani berkata, Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu mengisytiharkan setiap 7 Jun sebagai Hari Keselamatan Makanan SeDunia.

“Ia merupakan acara tahunan diadakan bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan makanan boleh memberi kesan kepada pengguna,” jelas Norrani.

Hadir Sama, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Dr Mohd Zaki Ab Hamid dan Timbalan Pengarah Kesihatan, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Syazwani Md Helmie.