Sabah yakin dikunjungi lebih banyak pelabur – Yong

KOTA KINABALU: Sabah tampil lebih kukuh berbanding sebelum ini dalam penjajaran semula politik Malaysia baharu yang menunjukkan orde dunia yang tidak menentu dengan pelbagai pemusatan kuasa.

Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee berkata, bertentangan dengan banyak ramalan penganalisis ekonomi seperti yang dilaporkan dalam media.

Katanya, beliau percaya bahawa tahun Arnab 2023 bukanlah tahun kemelesetan ekonomi bagi Asia, termasuk Sabah.

“Sebaliknya, di Sabah, petunjuk utama pertumbuhan ekonomi seperti peningkatan pelaburan dalam pembuatan, pengeluaran tenaga,  pengeluaran makanan, dalam hartanah,  pelancongan dan juga logistik akan menyaksikan Sabah terus berkembang lebih sihat berbanding sebelum ini.

“Bagi Malaysia pula, mata kita tertumpu kepada keperluan kestabilan politik,” katanya di sini hari ini.

Yong merupakan Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kelebihan perubahan politik Malaysia sejak perubahan penting pada 2018 ialah rakyat Malaysia kini boleh menarik nafas lega bahawa perubahan kerajaan persekutuan tidak membawa kepada kacau bilau dan keganasan jalanan.

“Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, rakyat Malaysia telah melihat lima Perdana Menteri, situasi yang biasa kita guraukan tentang negara lain seperti Itali dan Jepun.

“Pesanan saya kepada rakyat Malaysia di Sabah adalah untuk kekal sihat, bekerja keras dan ceria. Saya mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina kepada semua rakyat Sabah yang merayakannya,” katanya.