Sabah Umum Bantuan Khas Sehingga RM2,000 untuk Penjawat Awam 2026

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan menyalurkan Bantuan Khas Kewangan bersamaan sebulan gaji atau minimum RM2,000 kepada 18,853 penjawat awam negeri tahun depan, umum Menteri Kewangan, Masidi Manjun ketika membentangkan Belanjawan 2026.

Bayaran dibuat dua kali — sebelum Aidilfitri dan sebelum Kaamatan — manakala pesara negeri diberikan RM1,000.

Kerajaan turut memperuntukkan RM24.45 juta untuk meningkatkan kapasiti perkhidmatan awam, termasuk latihan dan pembangunan sumber manusia.

Masidi menegaskan bahawa perkhidmatan awam adalah tunjang pentadbiran negeri dan langkah itu perlu bagi mengekalkan kecekapan serta daya saing.