29 C
Kota Kinabalu
Tuesday, March 21, 2023

Sabah menyambut baik Bajet 2023 diumumkan hari ini – Hajiji

KOTA KINABALU: Belanjawan Negara 2023 dibentangkan adalah konsisten serta komitmen Kerajaan Persekutuan untuk memastikan tiada yang terpinggir dalam arus perdana pembangunan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata, sambil mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri serta Menteri Kewangan kerana bajet ini adalah kesinambungan momentum pemulihan negara daripada wabak yang kini dalam fasa endemik.

Katanya, kerajaan negeri sangat mengalu-alukan bajet inklusif seperti ini sekali gus memberikan impak besar kepada negri Sabah.

“Ia adalah peningkatan sebanyak 20.45 peratus berbanding RM5.2 bilion yang diperuntukkan kepada Sabah dalam Belanjawan Negara tahun ini. Sabah mengalu-alukan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk terus memberi penekanan kepada pembangunan negeri,” katanya.

Mengulas selepas mengikuti siaran langsung pembentangan Belanjawan Negara oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Hajiji juga selaku Menteri Kewangan  berkata, kerajaan negeri sangat menyambut baik peruntukan RM6.3 bilion untuk Sabah tahun depan.

Dalam masa sama, kerajaan negeri mengalu-alukan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk memastikan keselamatan Sabah dengan penaiktarafan dilakukan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Lahad Datu serta menyediakan aset keselamatan tambahan dan pembinaan hospital lapangan tahun depan.

“Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM1.2 bilion untuk membaiki sekolah usang merangkumi 123 projek di Sabah serta RM430 juta lagi untuk membina lima sekolah baharu di seluruh negara yang turut merangkumi sebuah sekolah di Sabah iaitu SMK Nabalu di Kiulu tahun depan,” katanya.

Kerajaan negeri memuji kesungguhan kerajaan persekutuan memberi jaminan peruntukan bagi projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah yang dijangka siap pada 2024.

Turut diumumkan pembangunan Bandar Sempadan termasuk pembinaan jalan raya menghubungkan Kalabakan ke Simanggaris di Indonesia.

Tengku Zafrul juga menyatakan RM250 juta akan diperuntukkan untuk membangunkan Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar tahun depan.

“Sabah juga mengalu-alukan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk membantu meringankan kesusahan rakyat yang boleh dilihat melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang melibatkan lebih RM10 bilion tahun depan.

“Saya mengalu-alukan subsidi elektrik sehingga RM40 kepada isi rumah dalam senarai eKasih,” katanya.

Sabah juga mengalu-alukan pelbagai inisiatif dalam sektor pelancongan yang diharapkan dapat membantu meningkatkan pendapatan sektor itu di negeri ini tahun depan, katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles