KOTA KINABALU: Kenyataan Presiden UMNQ Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menyokong calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Rays Umum ke-15 (PRU15) merupakan satu kenyataan besifat retorik meraih sokongan rakyat Sabah kepada BN.
Naib Ketua Pemuda Pusat Parti Bersatu Sabah (PBS), Shahrun Nidzam Sharoom berkata, kenyataan tersebut jelas menunjukkan ketidaksabaran BN untuk terus kekal berkuasa dan mahu menunjukkan sifat “abang besar” dalam kesemua gabungan dan kerjasama politik yang mereka sertai.
“Perbincangan berkenaan persefahaman tersebut masih lagi berjalan dan sehingga ke hari ini masih belum ada kata putus yang dicapai secara rasmi.
“Pengerusi GRS juga belum membuat pengumuman rasmi berkenaan perkara itu. GRS telah menyatakan bahawa kerjasama yang mahu dibentuk bersama BN adalah atas dasar tidak mahu terbabit dengan situasi politik di Semenanjung.
“Namun, kenyataan “half-cooked” Pengerusi BN itu menimbulkan ketidaksenangan dalam kalangan penyokong GRS dan PBS khususnya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Shahrun Nidzam berkata, BN dilihat cuba mempengaruhi GRS dalam menentukan calon-calon yang bertanding dan perebutan kerusi juga agak hangat pada ketika ini.
“Adalah sesuatu yang sukar untuk mencapai persetujuan dalam jangka masa yang begitu singkat.
“Bukan mudah untuk membahagikan kerusi yang secara tradisinya ditandingi oleh PBS dan parti-parti lokal Iain dalam gabungan GRS terutamanya,” katanya.
Katanya lagi, pada masa yang sama, Warisan acap kali menyatakaan kesediaan bekerjasama dengan PBS dan memberi mandat kepada PBS untuk menentukan kerusi-kerusi yang akan ditandingi.
“Pelawaan Warisan dilihat lebih memberi penghormatan kepada PBS sebagai parti lokal yang terbesar dan tertua di Sabah.
“Ini bukan kali pertama Warisan menawarkan diri untuk bekerjasama dengan PBS malah Presiden Warisan sendiri secara terbuka menyatakan kesediaan mereka dan memberi ruang untuk PBS mempengerusikan kerjasama tersebut,” katanya.
Shahrun Nidzam berkata, kerjasama dengan Warisan boleh dipertimbangkan jika ia memberi kelebihan dan impak dalam usaha PBS untuk terus melindungi dan menuntut hak-hak dan kepentingan negeri dan rakyat Sabah selaras dengan perjuangan asas PBS melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
“Sehingga ke hari ini PBS tidak pernah lari dari perjuangan asal dan sentiasa membuka ruang kerjasama dari mana-mana pihak yang memperjuangkan matlamat yang sama.
“Tidak seperti parti-parti lain yang menggunakan MA63 sebagai retorik apabila diambang pilihanraya,” katanya.