Sabah FC tunggu status keputusan empat pemain import: Marzuki

Marzuki Nasir

Oleh: Zakaria Damit
KOTA KINABALU: Sabah FC masih menunggu kebenaran bagi memastikan empat pemain import mereka dapat beraksi dalam Liga Malaysia 2021 yang akan bermula 6 Mac ini.

Pengurus pasukan Sabah FC, Marzuki Nasir berkata, mengesahkan setakat ini tiga pemain import itu kini sudah berada di negara ini dan dalam proses menjalani kuarantin wajib manakala seorang lagi dalam proses untuk masuk ke negera ini.

Sesi latihan Sabah FC petang tadi. Gambar oleh Sabah FC

Katanya, kelewatan membawa masuk mereka disebabkan proses dokumentasi serta peraturan ketat berkaitan Covid-19 berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Kita yakin pastinya ramai penyokong serta peminat setia Sabah FC tertanya-tanya status empat pemain import baharu tersebut bagi menghadapi saingan Liga Super Malaysia musim ini yang akan bermula dalam tempoh terdekat.

Amri Yahya

“Selain itu proses polisi imigresen yang sangat ketat mengenai kemasukan warga asing ke negara ini selain ketiadaan penerbangan juga antara sebab kelewatan mereka sampai ke negara ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Marzuki berkata setakat ini proses menandatangani kontrak sudah diselesaikan awal Februari lalu di samping pihak pengurusan Sabah FC telah memulakan proses dokumentasi sejurus selepas kontrak ditandatangani oleh semua pemain import.

Pihaknya berharap agar empat pemain import Sabah FC iaitu Saddil Ramdani (Indonesia); Sam Johnson (Liberia); Risto Mitrevski (Macedonia) serta Levy Madinda (Gabon) akan dapat beraksi pada 13 Mac depan ketika menentang PJ City FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Sesi latihan petang tadi. Gambar oleh Sabah FC

“Pengesahan ini diharap semua penyokong tetap bersabar serta sentiasa memberikan sokongan padu kepada Sabah FC bagi memastikan prestasi dan fokus pasukan berada pada tahap maksimum,” katanya.

SabahNewsToday

Leave a Reply