KOTA KINABALU: Sabah FC menyokong penuh dan sentiasa bekerjasama dengan pasukan kebangsaan serta pemilihannya.
Dengan itu, pengurusan Sabah FC akan menasihati Rizal Ghazali untuk memberi penjelasan terperinci kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai ketidakhadirannya.
Sabah FC dalam satu kenyataan hari ini menyatakan sebelum ini, Rizal menyatakan dia akan pulang ke kampung halamannya di Kedah untuk menguruskan hal peribadi keluarga.
Bagaimanapun, pengurus Sabah FC Marzuki Nasir akan berkomunikasi dengan Rizal untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai situasi ini kerana kami tidak membenarkan pemain kami menolak panggilan pasukan kebangsaan.
Bagi Sabah FC, mewakili Harimau Malaya adalah satu pengiktirafan tertinggi yang mana seseorang pemain harus berasa bangga.