KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah mengalami defisit hampir RM1 billion bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan jalan raya di negeri ini, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya yang jugaMenteri Kerja Raya negeri berkata pada tahun lepas kerajaan Persekutuan menyediakan RM625 juta sebagai geran dan kerajaan negeri menyalurkan caruman RM350 juta untuk menjalankan kerja-kerja tersebut.
Bagaimanapun, beliau berkata berdasarkan laporan jalan raya negeri itu pada tahun lepas sepanjang 710 kilometer (km) jalan negeri adalah dalam keadaan yang teruk manakala 126 km lagi adalah dalam keadaan sangat kritikal.
“Pembaikkan ini sahaja dianggarkan memakan belanja kira-kira RM1.8 billion. Jadi dengan caruman dan geran yang ada, kita mempunyai difisit dalam mengatasi atau melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan jalan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketikamenggulung perbahasan usul ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin atas ucapan dasar kerajaan negeri melibatkan kementeriannya pada persidangan itu.