RM18 juta diperuntukkan untuk naiktaraf infrastruktur di Parlimen Kinabatangan dibawah KKDW

KINABATANGAN: Sebanyak RM18  juta diperuntukkan untuk kawasan Parlimen Kinabatangan tahun ini, bagi meningkatkan dan menyediakan kemudahan infrastruktur di kawasan tersebut dibawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). 

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin  lberkata peruntukan itu bagi menaik taraf jalan gravel ke jalan konkrit  sebanyak RM4  yang kini dalam proses perlaksaan,  semantara RM6 juta bagi membina Dewan Serba Guna baharu  Pekan Kota Kinabatangan yang kini dalam proses pembinaan.

Katanya RM5 juta untuk membina  pasar awam baharu Pekan Kota Kinabatangan kini dalam proses tander dan RM3 juta untuk membina pusat pelupusan Sampah Kinabatangan di mana lawatan tapak telah dilakukan.

Bung Moktar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Sabah menjelaskan secara terperinci antara jalan-jalan yang menerima peruntukan untuk dinaik taraf dari jalan gravel ke jalan konkrit ialah jalan Simpang menuju kampung Minusuh,jalan kampung Linayukan, jalan utama ke SMK  Entilibon kampung Sanan, Jalan kampung Penangah, jalan Kampung Tenaga Baru, Jalan kampung Entiliobon Asal dengan  kesemuanya terletak  daerah Tongod

Selebihnya jalan Kampung Sangau dan jalan kampung Jaya Baru dalam daerah Kinabatangan, katanya pada Majlis Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat di sini, kelmarin.

Masyarakat ramai yang hadir bagi program Ahli Parlimen Kinabatangan.

Beliau berkata sememang ada perancangan untuk terus meningkatkan kemudahan insfrastruktur asas di kawasan Parlimen Kinabatangan sejak dahulu lagi.

Justeru itu, katanya, agak aneh jika ada pihak terutamanya pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRSk khususnya dari kawasan ini mendakwa sebagai ahli Parlimen saya gagal membawa projek Pembangunan ke kawasan ini.

Bung Moktar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Lamag berkata dakwaan golongan tersebut ternyata tidak berfakta hanya bercakap untuk  menaikkan imej dan kepentingan politik mereka tapi bila projek dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat mereka terus mendakwa itu adalah usaha mereka.

Antara tetamu yang hadir di program Ahli Parlimen Kinabatangan.

“Kita akan terus berkerja dan berusaha untuk memohon peruntukan dari Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan khususnya di kawasan ini.

“Tanpa bergantung sepenuhnya kepada peruntukan dari Kerajaan negeri yang menanggap kita sebagai pembangkang walaupun Barisan Nasional itu adalah sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan,” tambah Bung Moktar.