Kerajaan Negeri peruntuk RM14 juta untuk pembangunan budaya tahun ini

KOTA KINABALU: Kerajaan memperuntukkan RM14 juta bagi pembangunan budaya di Sabah, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Beliau berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM4.5 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), manakala RM9.5 juta lagi diperuntukkan Kerajaan Negeri kepada Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS).

Joachim mewakili Hajiji pada Majlis Perasmian Pesta Kebudayaan Cina Kebangsaan Ke-38 anjuran Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, malam tadi.

Katanya, Kerajaan Negeri menetapkan tujuh keutamaan dalam membangunkan bidang kebudayaan di Sabah yang dimulakan sejak 2021 hingga 2030.

“Tujuh keutamaan itu ialah pendigitalan seni budaya (eCulture), pelancongan budaya bersepadu, pemuliharaan budaya, pengukuhan hubungan etnik, penyelidikan dan dokumentasi budaya, pengembangan seni budaya dan perlindungan harta intelek.

“Ia sejajar dengan inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam pembangunan budaya pelbagai etnik di negeri ini yang dipertanggungjawabkan kepada LKNS.

Joachim mewakili Hajiji pada Majlis Perasmian Pesta Kebudayaan Cina Kebangsaan Ke-38 anjuran Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, malam tadi.

“Menerusi tujuh keutamaan ini, kita mahu semua badan kebudayaan dan komuniti membangun bersama, menghayati dan menjiwai nilai kebudayaan yang diwarisi, seterusnya diwariskan kepada generasi akan datang”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Pesta Kebudayaan Cina Kebangsaan Ke-38 anjuran Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, malam tadi.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Ketua Menteri II yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam.

Hajiji berkata, FCAS pernah menganjurkan Pesta Kebudayaan Cina Kebangsaan 12 tahun lalu dan tahun ini giliran Sabah untuk menjadi tuan rumah semula.

Jelasnya, Kerajaan Negeri menyokong dan mengalu-alukan penganjuran aktiviti kebudayaan etnik negeri ini, termasuk usaha FCAS menganjurkan Pesta Kebudayaan Cina Kebangsaan.

Menurutnya, pelbagai aktiviti diadakan sepanjang tiga hari pesta itu termasuklah persembahan kebudayaan, pesta makanan, pameran kebudayaan dan kraftangan, perkampungan budaya, perarakan tanglung dan kereta berhias.

Katanya, perarakan obor turut diadakan di 12 stesen seluruh negeri dan berjaya sampai ke Pulau Mataking dan Gunung Kinabalu yang menjadi tempat tarikan pelancong sekali gus membantu mempromosikan industri pelancongan negeri ini.

Hajiji berharap pesta itu berjaya menyebarkan kesedaran dalam kalangan generasi muda berkaitan warisan dan kebudayaan Tionghua dan membantu mengeratkan hubungan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Katanya pesta ini juga dapat mempromosikan kepelbagaian budaya Tionghua bukan sahaja kepada rakyat tempatan malah juga pelancong dari luar negara.