KUNDASANG: Sejumlah RM1 juta diperuntukkan melaksanakan Program Agri-Perantis Hidroponik (Pro-App) melibatkan generasi kedua komuniti penerokanya.
Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) Syaheddrul R Joddari, berkata Pro-App merupakan satu mengangkat komuniti merupakan agenda utama dalam konsep pembangunan luar bandar
Katanya, program ini dilaksanakan bersama Kundasang AquaFarm (KAF) bagi memberikan latihan agar peserta menggunakan kaedah ini sebagai mata pencarian mereka kelak.
“Ini memberi peluang kepada mereka untuk merasai pengalaman bertani secara moden, disamping memberi pendedahan dan kemahiran tentang asas usahawan pertanian,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian dan Pelancarkan Pro-App Komuniti SLDB di Kg. Mesilou, Kundasang di sini semalam.
Syaheddrul berkata, pada peringkat awal 30 peserta dipilih menyertai projek perantis kemudiannya menjalani kursus selama sebulan di Pusat Latihan Kundasang AquaFarm.
“Latihan Penanaman Hidroponik dijadikan sebagai platform untuk melaksanakan program. SLDB bersama KAF memberikan khidmat nasihat, pemantauan serta jaminan beli balik produk,” katanya.
Pada majlis tersebut, Pengerusi SLDB, Datuk Abdul Ghani Yassin merasmikan program berkenaan.