KUALA LUMPUR (Bernama): Larangan pergerakan merentas negeri di seluruh negara ketika ini dikekalkan manakala pergerakan rentas daerah dibenarkan kecuali di Sabah berkuat kuasa 5 hingga 18 Mac ini.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata larangan merentas daerah di Sabah dikekalkan untuk tempoh dua minggu atas permintaan kerajaan negeri.
“Kita faham Sabah negeri yang amat besar, satu daerah mereka lebih besar daripada kebanyakan negeri di Semenanjung. Sebab itu kerajaan Sabah minta tangguh (rentas daerah) di negeri itu,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.
Sabahnewstoday