KOTA KINABALU: Datuk Mohd Azis Jamman menggesa kerajaan segera melaksanakan pembayaran 40 peratus hasil Sabah tanpa terus berlindung di sebalik alasan teknikal.
Beliau berkata, rakyat Sabah sudah lama menunggu dan tidak lagi mahu mendengar penjelasan berulang.
Menurutnya, keputusan mahkamah sudah jelas, malah kerajaan sendiri mengakui hak tersebut.
“Kenapa masih ditangguhkan?” katanya.
Azis turut mencadangkan pelaksanaan dibuat segera secara berperingkat, manakala isu tunggakan diselesaikan kemudian.
