Pusat Alumni dan UMS 4WDVC Berkongsi Rezeki dengan Pelajar UMS Setiap Hari Jumaat Bulan Ramadan

KOTA KINABALU: Sempena bulan Ramadan tahun 2023/1444H, Pusat Alumni dan Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda Universiti Malaysia Sabah (UMS 4WDVC)bergabung tenaga menyediakan 300 hingga 350 pek juadah iftar setiap hari Jumaat sempena program Berkongsi Rezeki Ramadan.

Pek juadah iftar ini diagihkan secara percuma kepada para pelajarUMS yang berada di sekitar kampus.

Dalam program tersebut, kakitangan Pusat Alumni serta ahli-ahli UMS 4WDVC bergotongroyong memasak bagi menyediakan juadah bermula dari pukul 2.00 petang sehingga waktu berbuka.

Pengarah Pusat Alumni, Dr. Arif Kamisan Pusiran berkata, program diadakan setiap hari Jumaat sepanjang bulan Ramadan dengan menyasarkan para pelajar UMS.

Kami berharap dengan penganjuran program ini sedikit sebanyak dapat berkongsi rezeki selain membantu sebahagian pelajarmendapatkan juadah berbuka puasa secara percuma.

Program julung kali ini membabitkan aktiviti menyediakan pek juadah berbuka, air dan kurma hasil sumbangan daripada alumni UMS serta syarikat swasta dan pihak penganjur bercadang untuk meneruskan program ini di masa hadapan ekoran sambutan yang memberangsangkan daripada para pelajar.

Para pelajar juga menyambut baik inisiatif yang diadakan oleh pihak penganjur untuk menyediakan juadah berbuka secara percuma selain menjimatkan perbelanjaan pembelian juadah harian mereka, katanya yang juga Pengarah Projek Berkongsi Rezeki Ramadan 2023.