UMS – IDS jalankan kajian penyelidikan warisan budaya, bangunkan pelancongan Long Pasia

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Institute Development Studies (IDS) Sabah memeterai perjanjian projek perundingan bagi menjalankan kajian ‘Megalithic Stone Heritage Trail Mapping For Tourism Using GIS For Long Pasia’, baru-baru ini.

Projek dalam bidang pelancongan yang diketuai oleh Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) Profesor Madya Dr. Oliver Valentine Eboy itu bernilai kira-kira RM50,000.00 dan akan dilaksanakan bagi tempoh 10bulan bermula 1 Mac 2023 sehingga 31 Januari 2024.

Menurut Oliver, Heritage Trails merupakan salah satu cara yang berkesan untuk memelihara warisan budaya dan ia telah dibangunkan secara meluas sebagai produk pelancongan sama ada di dalam mahupun luar negara.

“Batu megalitik adalah tradisi kuno dengan fungsi dan latarbelakang yang menarik. Pemodenan dan penerapan agamadalam masyarakat telah menyebabkan tradisi batu megalitikkurang diamalkan dan semakin pupus.

Salah satu cara yang berkesan untuk memelihara batu megalitik daripada terus pupus adalah dengan membangunkanpeta jejak warisan batu megalitik sebagai produk pelancongan.

Dalam kajian ini, pasukan penyelidik kami akanmenjalankan tinjauan lokasi batu megalitik dan memperolehkisah latar belakang setiap batu. Aplikasi Analisis Laluan KosMinimum (LCPA) daripada Sistem Maklumat Geografi (GIS)akan digunakan untuk mengenal pasti laluan yang sesuai bagimenghasilkan peta jejak warisan di Long Pasia untuk tujuan pelancongan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambah Oliver, pelancong akan diberikan pilihan laluan berdasarkan tahap kesukaran dan jenis batu megalitik yang mereka ingin tahu.

“Di samping itu, manfaat produk pelancongan ini terhadapsosioekonomi penduduk di Long Pasia juga akan dikenalpasti.

Hasil kajian ini akan memberi pendedahan kepadamasyarakat mengenai tradisi batu megalitik dan pada masayang sama meningkatkan ekonomi penduduk tempatan,” tambahnya.

Majlis pertukaran dokumen penjanjian perundingan itu disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Profesor Dr. Rosalam Sarbatly bersama Ketua Pegawai Penyelidikan IDS, Richard Koh.

Sementara itu Rosalam berharap agar projek perundingan itu dapat mencapai matlamat dan okjektif UMS dan IDS.

Katanya, dalam konteks sebuah negara yang beraspirasi untuk menjadi negara maju, universiti bukan sahaja berperanan untuk menghasilkan modal insan yang berkualiti tetapi jugaperlu berperanan untuk menghasilkan harta intelek yang bermutu tinggi melalui aktiviti penyelidikan dan inovasi.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Institute Development Studies (Sabah) terutama Datuk Dr. Ramzah Dambul yang telah memberikan kerjasama dan membantu penyelidik UMS dalam aktiviti penyelidikan yang akan meningkatkan ekonomi dan sosial di negeri Sabah,” katanya.