KEMABONG: Hanya Ahli Parlimen daripada Kerajaan mampu meningkatkan sektor pertanian serta pelancongan di daerah Tenom.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata kerajaan mahu suara penduduk di Tenom serta Sabah secara keseluruhannya dibawa ke Parlimen.
Katanya, adalah penting untuk rakyat di kawasan itu memilih calon Parlimen Tenom, Jamawi Jaafar pada hari pengundian esok (19 Nov).
“Calon anak muda ini (Jamawi) adalah calon sangat sesuai serta perlu diberi peluang untuk menyuarakan hasrat rakyat Sabah. Saya memberi keyakinan penuh kepada beliau sebagai calon kerajaan.
“Jamawi merupakan acalon Kerajaan Negeri….Saya hanya menyokong calon daripada Kerajaan dan bukannya calon lain, bukan calon pembangkang, bukan calon Warisan, bukan calon Pakatan Harapan dan bukan calon Bebas,” katanya di sini semalam.
Hajiji berkata, hanya parti kerajaan mampu membawa pembangunan di Tenom, oleh itu rakyat perlu undi Jawawi Jaafar pada 19 November ini.