32 C
Kota Kinabalu
Sunday, April 2, 2023

PRU15: MA63 tetap menjadi keutamaan Calon BN di Parlimen Lahad Datu

LAHAD DATU: Calon Barisan Nasional (BN), Datin Maizatul Akmam Alawi berjanji akan memperjuangkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) jika terpilih sebagai Ahli Parlimen Lahad Datu.

Menurutnya, sudah tentu segala hak-hak rakyat Sabah yang termaktub dalam MA63 akan menjadi keutamaanya untuk diperjuangkan nanti.

“Kita menyelar Parti Warisan (WARISAN) yang pernah memerintah negeri Sabah dilihat tidak pernah memainkan peranan untuk mendapatkan hak-hak Sabah dalam MA63.

“Isu MA63 sering dijadikan modal dalam kempen, Parti Warisan dilihat masih tidak mampu memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah meskipun pernah berkuasa sebelum ini,” katanya di sini hari ini.

Maizatul berkata, beliau berusaha untuk memastikan rakyat di kawasan Parlimen ini memperoleh bekalan air bersih selepas pembinaan loji air Segama dapat dilaksanakan awal tahun ini.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles