PRU15: Digelar ‘Orang Sakit’ Maximus tetap fokus pada kempennya

KOTA MARUDU: Calon Parlimen Kota Marudu, Datuk Dr Maximus Ongkili tetap fokus serta tenang meskipun diserang pelbagai tomahan oleh lawannya.

Menurutnya, digelar sebagai ‘orang sakit’ dan menggesa agar bersara sekali gus tidak menghalang bersungguh-sungguh dalam kempennya.

“Saya sudah mendapatkan pengesahan doktor sebelum membuat keputusan bertanding semula di Parlimen Kota Marudu.

“Umur sudah 69 tahun, tetapi saya masih boleh lari jika anjing menyerang saya,” katanya di sini hari ini.

Maximus yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata, beliau sudah membuat pemeriksaan kesihatan di Institut Jantung Negara (IJN) sekali gus disahkan oleh pegawai perubatan sihat dan boleh bertanding.