KOTA KINABALU: Kingfisher Plaza Likas menjadi lokasi ceramah serta kempen malam ini (khamis) jam 7 malam bersama Calon Parti Warisan Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman.
Orang ramai dijemput hadir untuk mendengar sendiri ceramahnya menjelang berbaki dua hari kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
”Kita jemput seberapa ramai yang mungkin hadir bagi mendengar sendiri amanah sebelum hari pengundian pada 19 November ini.
“Kita manfaatkan cuti khas Jumaat esok…Jadi malam ini kita beramai-ramai hadir mendengar sendiri amanah Calon Warisan Datuk Mohd Azis Jamman,” katanya Pengerusi Penganjur Ag Mini Madasin di sini hari ini.
Ag Mini berkata, selama ini kemungkinan besar pengundi hanya mendengar secara live di media sosial, namun malam ini mereka boleh bersemuka dengan calon Warisan di Parlimen Sepanggar.
“Ayuh semua pengundi sepanggar serta generasi muda di sekitar Kota Kinabalu atau yang berhampiran dijemput hadir jam 7 malam ini di Kingsfisher Plaza Likas,” katanya.