PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan 18 dan 19 Nov ini sebagai cuti umum bagi memudahkan rakyat pulang mengundi.Kerajaan menetapkan hari Jumaat dan Sabtu 18 dan 19 Nov sebagai hari kelepasan am bagi memudahkan urusan keluarga Malaysia mengundi,” katanya ketika berucap dalam majlis pecah tanah bangunan Cuepacs, Putrajaya.
Katanya, ia dibuat bagi memastikan semua rakyat Malaysia keluar mengundi.
“Hari mengundi PRU15 menjelang tiba. Sukacita saya umumkan kerajaan menetapkan Jumaat dan Sabtu iaitu 18 dan 19 November ini, sebagai hari kelepasan am bagi memudahkan urusan Keluarga Malaysia mengundi,” katanya.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, dan Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat.