Proses perolehan tender projek air Sabah diharap berjalan lancar – Shahelmey

PUTATAN : Proses perolehan tender bagi melaksanakan projek-projek di bawah pelan menyelesaikan isu air di Sabah menggunakan peruntukan RM320 juta daripada Kerajaan Persekutuan diharap dapat berjalan lancar.

Timbalan Ketua Menteri Il Salbah Datuk Shahelmey Yahya berkata, beliau berharap proses perolehan tender bagi melaksanakan projek-projek di bawah pelan menyelesaikan isu air di Sabah menggunakan peruntukan RM320 juta daripada Kerajaan Persekutuan, dapat berjalan lancar.

Katanya, proses perolehan itu sepatutnya boleh dilaksanakan secara efektif memandangkan pelbagai peringkat pengurusan

telah dilkuti dan diselesaikan dalam tempoh setahun selepas peruntukan itu diumumkan pada Jun tahun lepas.

“Peruntukkan ini sudah diluluskan, masih belum lagi digunakan. Perkembangan terkini yang kita terima adalah kementerian Persekutuan telah mengecualikan rekayasa nilai bagi proses praperolehan.

“Ini bermakna, kita boleh melaksanakan tender atau panggilan tender bagi perolehan dan selepas itu barulah peruntukan akan disalurkan untuk pengeluaran surat setuju terima.

“Kita menjangka dalam Julai atau Ogos ini kita boleh menyelesaikan proses perolehan tersebut.

Proses tender sepatutnya bulan ini, tetapi ada sedikit dokumentasi yang perlu dikemas kini,” katanya di sini semalam.

Dalam perkembangan sama, Shahelmey merupakan Menteri Kerja Raya berkata pembangunan rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) di daerah itu perlu ditambah berikutan permohonan daripada penduduk yang memerlukan kediaman tersebut.

“Setakat ini, Putatan hanya mempunyai dua PPR iaitu PPR Taman Sri Serigai dan PPR Taman Sri Keramat yang kedua-duanya penuh.

“Pihak kita sudah mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun lepas untuk membina dua lagi PPR dalam kawasan Parlimen Putatan, iaitu di Kampung Potuki dan Pasir Putih,” jelas Shahelmey.

Menurutnya, Jabatan Perumahan Negara telah melawat tapak itu manaka untuk Belanjawan 2024 di Sabah, pihaknya dimaklumkan hanya tapak PPR di Kuala Penyu yang diluluskan sementara Putatan masih dalam perhatian (KIV).

“Kita telah memaklumkan kepada Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Putatan untuk mengemukakan semula permohonan agar PPR baharu dapat dibina, memandangkan keperluan perumahan di daerah itu adalan sangat tinggi,” kata Shahelmeny.