LABUAN : Anggota pasukan pengawal keselamatan pantai ditubuhkan bagi menjamin tahap keselamatan pengunjung melakukan aktiviti rekreasi di sekitar Wilayah Persekutuan Labuan.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail berkata, setakat ini beberapa lokasi sudah dikenalpasti terutama melibatkan kawasan pantai sering menjadi tumpuan pengunjung melakukan aktiviti rekreasi pantai dan laut.
Katanya, ini bertujuan memudahkan pihak APM Labuan melakukan pemantauan sekali gus memastikan tahap keselamatan pelancong sentiasa dipertingkatkan.
“Anggota pengawal keselamatan pantai ini akan dilengkapi dengan peralatan keselamatan jentera Extra Terrestrial Vehicle (ETV).
“Mereka ini akan bersiap siaga untuk memberikan bantuan, jika terdapat sebarang insiden yang berlaku di Laut atau terkena sengatan obor-obor,” katanya di sini semalam.
Rithuan berkata, setakat ini beberapa anggota juga akan di tempatkan lokasi lain termasuk Pantai Layang-Layangan serta Pancur Hitam di Pohon Batu.
“Ketika ini anggota keselamatan pantai APM melakukan pemantauan pada hujung minggu termasuk cuti umum serta menempatkan dua anggota bertugas secara bergilir-gilir.
“Kita mengingatkan semua pengunjung supaya dapat memberikan kerjasama kepada pasukan ini nanti. Ini memudahkan anggota untuk melakukan pemantauan bagi menjamin tahap keselamatan orang ramai,” jelas Rithuan.
Hadir Sama, Pegawai APM Labuan, Siti Janariah Bacho, Ketua Polis Daerah Labuan, Supt Mohd Hamizi Halim serta Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Labuan, Hafiez Mohd Daud.