Program penyerahan kek sempena Hari Malaysia, hargai petugas barisan hadapan – PKR Silam

LAHAD DATU: Program Penyerahan Kek Sempena Sambutan Hari Malaysia kepada pihak  IPD Lahad Datu, bertempat di Ibu Pejabat Daerah Lahad Datu hari ini.

Penyerahan kek tersebut dihadiri oleh ASP Abbas bin Saud Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu / Ketua Cawangan Khas Daerah (KCKD) IPD Lahad Datu.

Hadir sama, ASP Pattry Yunam Ketua Bahagian Pengurusan Daerah (KBPD) IPD Lahad Datu, ASP Kharuddin bin Hussain; Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) IPD Lahad Datu serta ASP Abdul Satal Mad Buraisal Ketua Bahagaian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (KBPJKK) IPD Lahad Datu.

Kek penghargaan tersebut disampaikan Naib Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Silam Norhasanah Abdullah serta Norlizah Panambong selaku Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Silam.

Program penyerahan kek tersebut  adalah anjuran PKR Cabang Silam bersempena sambutan Hari Malaysia yang ke-58.

Program penyerahan ini juga adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada para petugas barisan hadapan yang bertugas sepanjang pandemik COVID-19.

Program ini dilihat sebagai langkah awal PKR Cabang Silam dalam mengeratkan hubungan dengan pihak keselamatan khsusnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menghargai jasa pihak keselamatan yang bertugas selama pandemik COVID-19.