KOTA KINABALU: Seramai 150 pelajar sekolah rendah dan menengah terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) hari ini menerima manfaat menerusi program gunting rambut percuma menjelang pembukaan sesi persekolahan tahun depan.
Pengerusi Penganjur, Ahmad Razak berkata, pihaknya berpendapat program ini sangat dekat dengan penduduk kampung berikutan dalam suasana cuti persekolahan, perayaan Hari Natal sekali gus dilihat memberi peluang ibu bapa terlibat sama dalam program ini.
“UMNO Bahagian Sepanggar turut memperluaskan program ini ke beberapa kampung berhampiran disamping dapat memberi peluang kepada setiap keluarga untuk menyertainya secara percuma.
“Alhamdulillah program hari ini sangat mendapat sambutan dalam kalangan penduduk kampung yang menyertainya. Malah, ada yang menganggap program ini bertepatan selepas mengalami sendiri ramai ahli keluarga terkesan dalam pandemik COVID-19 terutama di kawasan Sepanggar ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Gunting Rambut Secara Percuma sempena program kembali ke sekolah, di sini hari ini.
Ahmad berkata, bantuan seperti inilah dilihat boleh membantu meringankan bebanan ibu bapa yang terpaksa membeli barangan keperluan persekolahan setiap hujung tahun.
“Hari ini sahaja lebih 150 pelajar sekolah rendah dan menengah memperoleh manfaat hasil program yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Sepanggar.
“Sambil kita ucapkan tahniah kepada semua yang terlibat Penganjur. Program ini sangat memberi manfaat kepada seluruh masyarakat kampung disamping mampu mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalanga mereka,” katanya.